Kami berusaha untuk memberi ahli kami sebanyak mungkin peluang tinjauan, tetapi kami tidak dapat meramalkan dengan tepat jumlah kekerapan anda akan menerimanya. Jemputan tinjauan dihantar berdasarkan gaya hidup dan minat anda. Untuk meningkatkan peluang anda menerima tinjauan, pastikan anda melengkapkan bahagian 'Lebih lanjut tentang anda' dan 'Tingkatkan Kelayakan Tinjauan Anda' apabila bahagian tersebut tersedia. Bahagian-bahagian ini boleh didapati di halaman 'Tinjauan' anda di bawah baki LifePoints (LP) anda tetapi hanya akan kelihatan apabila terdapat soalan baharu untuk anda jawab dan/atau apabila sudah tiba masanya untuk mengemas kini jawapan anda.
Jika anda tidak menerima tinjauan selama beberapa minggu, akaun anda berkemungkinan telah digantung kerana melanggar Terma & Syarat kami. Jika akaun anda telah ditandai oleh proses keselamatan kami, anda tidak lagi boleh menyertai panel LifePoints kami, jemputan tinjauan akan dihentikan dan semua LP yang belum digunakan akan terbatal.